Fatin's up coming Birthday..

Lilypie

Thursday, August 6, 2009

Fatin dalam baby car seat

Salam..

Amboi..tengok lah tu, suke betul fatin bila dapat duduk dalam car seat die tu ye.. bukan main lagi anak ummi ni bila di bawa berjalan. Letak je dalam seat tu mula lah si kecik ni goyang2kan tangan dan kakinye, lepas tu tersengih2 sambil pandang ummi kat sebelah.

Pagi tadi sempat juga aku ambil gambar fatin sedang seronok sakan dalam car seatnye. Happy betul die bila aku suakan camera handphone untuk snap gambar die. Macam paham2 je si kecik ni yang kita nak ambil gambar die.

Ni lah antara aksi2 fatin setiap kali aku letak kan dalam car seat masa nak hantar ke rumah penjaganye..

mula2 tu die buat muka pelik masa aku nak ambil gambar die yang sedang gembira tak ingat dunia masa aku letakkan dalam seat ni.
Lepas tu mula lah die senyum2 dan ketawa dengan gumbiranya bila aku agah2 die. Macam paham je apa yang kite cakap kat die.

Dah kene snap pun pic awak tu fatin oi...

Gambar fatin yang dah x larat layan ummi die yang x habis2 nak ambil gambar die sedang gembira sakan ni.

Biasanya setiap pagi sebelum hantar fatin ke rumah penjaga, aku akan berborak dan beritahu die supaya jangan nakal2 dan jangan banyak ragam masa aku tinggal kan die kat rumah sana. Fatin pun senyum2 je bila aku bercakap dengan die seakan paham apa yang aku cakap kan..

2 comments:

gaban said...

fatn senyum sama macam ummi dia la... sebijik!

chugie said...

yeke untie gaban.. cebab ummi yang curuh fatin tiru cenyum ummi hhahah..

Related Posts with Thumbnails