Fatin's up coming Birthday..

Lilypie

Thursday, July 30, 2009

Akhirnya berjaya juga..

video

Akhirnya dapat juga ummi rakam video fatin sedang ketawa, bukan senang nak record gambar ketawa anak ummi ni, dah banyak kali jugak ummi cuba untuk rakam, kali ni ummi berjaya juga akhirnya merakam aksi ketawa fatin. Memang mencuit hati betul bila ummi tengok balik rakaman ni.

Sebenarnya dah banyak kali ummi cuba dan setiap kali fatin ketawa, ummi akan lekas2 capai handphone untuk rakam aksi ketawa tu, tapi bila ummi nak rakam je, fatin berhenti ketawa dan pandang handphone tu macam pelik semacam je. Penat lah ummi buat muka dan tergelak sorang2 bagai orang tak betul untuk buat fatin ketawa semula, tapi tetap tak mau juga, dia still berminat dengan handphone yang ada kat depan mata tu.

Jadi kali ni, kebetulan masa ayah sedang pegang fatin, die sedang gelak dan ummi memang tak lepaskan peluang untuk rakam gambar ketawa fatin...dan akhirnye.. ummi berjaya merakamnya. Hasilnya, memang amat memuaskan walaupun hanya sekejap je rakaman tu, sebab fatin dah perasan aksi dia tengah ketawa sedang di rakam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails